Pekerja yang mempunyai prestasi kerja cemerlang akan sentiasa menjadi buruan organisasi. Organisasi mahu menggunakan pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kecekapan dan nilai positif yang dimiliki serta kepakaran yang ada pada pekerja sebegini agar kualiti perkhidmatan yang ditawarkan berada pada tahap cemerlang. Pekerja yang cemerlang menyumbang kepada peningkatan kualiti dan kuantiti perkhidmatan yang baik. Kategori pekerja sebegini akan menyumbang kepada kewujudan organisasi yang akan dapat bersaing secara kompetetif. Pekerja yang memiliki semua aspek positif yang dikehendaki oleh organisasi sudah pasti akan dapat menyumbang hasil pekerjaan yang berkualiti dan menjamin kepada pencapaian visi organisasi. Sebagai aset kepada organisasi, pekerja boleh menentukan masa depan sesebuah organisasi sama ada ke arah kemunduran atau kejayaan. Imej organisasi akan berada pada tahap yang tinggi apabila pekerja menyumbang secara produktif kepada pencapaian visi organisasi. Kecemerlangan memerlukan pengorbanan, dedikasi, kesungguhan, kesabaran, iltizam, kepemimpinan dan pelbagai lagi sikap dan sahsiah positif. Islam mengatur dan memberi kerangka asas seseorang itu mencapai kecemerlangan mengikut landasannya tersendiri.

Sekiranya anda mendapati bagaimana positivisme dapat menular, maka anda akan memahami pentingnya sikap yang baik di tempat kerja. Apabila seorang pekerja menunjukkan sikap positif, ia boleh memberi kesan positif kepada rakan sekerja mereka. Apabila kebanyakan pekerja pergi bekerja setiap hari dengan sikap positif, organisasi itu menjadi tempat yang lebih menyenangkan.