Kursus ini dianjurkan oleh Pertubuhan Pembedahan Johor Bahru (JoBSS) dengan kerjasama Jabatan Pembedahan AM Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan Institute Latihan kementerian Kesihatan malaysia Johor  Bahru, Johor. Buat julung kalinya ia diadakan peringkat Daerah Johor Bahru Disember 2022. Kursus ini diurus oleh Kakitangan Jabatan Pembedahan dan Pertubuhan Pembedahan Johor Bahru dengan dibantu oleh Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan. Yuran pendaftaran dikenakan bagi kos perbelanjaan peralatan, makan, minum peserta dan lain lain kos stationary. Metodologi kursus adalah secara teori dan praktikal dimana selama empat hari iaitu pada hari pertama ceramah dengan tajuk-tajuk penting dan praktikal pada hari kedua, ketiga dan keempat.

Tenaga pengajar adalah terdiri Pakar Bedah Am, Pakar Bedah Kanak, Dan Pakar Anaesteologi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Penyertaan kursus adalah terdiri daripada Pegawai Perubatan Siswazah dan Penolong Pegawai Perubatan yang berminat.